HOME LIFESTYLE SHARE PROPERTY HOTNEWS ARTIST HEADNEWS SATELLITE PROJECT CARS OIL COMMODITY REPORTS PHOTOGRAPHER QUOTE LOVESTORY RECIPES KITCHEN MIXSALE PHONE GUFFAW SPIRITUAL FLICKS

Translate

MOTO


IKLAN

Tuesday, August 26, 2014

CADANGAN MEMBANGUNKAN KAWASAN PASIR SUNGAI SEBAGAI KAWASAN SUMBER BEKALAN PASIR DI KAWASAN P.T. 95111526, SG. SEGAMA, LAHAD DATU, SABAH

Dipetik sekitar tahun 2012 dan 2013
Dalam laporan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, kawasan ini diliputi oleh lapisan kuarternar iaitu yang terdiri daripada pasir, kelikir, lumpur/tanah liat dan tanah sisa. Longgokan pasir dan kelikir ini dianggarkan pada nisbah 7:3. Analisis saiz pasir menunjukkan bahawa 60% pasir bersaiz sederhana ke kasar iaitu diantara 0.2mm hungga 1.2mm, manakala selebihnya adalah bersaiz halus. 

Berdasarkan kepada klasifikasi B.S 882: 1992, saiz pasir yang sesuai sebagai sumber binaan ialah sederhana ke kasar di antara 0.3mm hingga 2.0mm, maka pasir di lokasi Sungai Segama (P.T.95111526) sesuai untuk digunakan sebagai sumber pasir binaan kegunaan umum.

Oleh yang demikian beberapa proses seperti pengasingan dan pembersihan perlu dilakukan sebelum pasir dan kelikir ini dapat digunakan sebagai bahan binaan.

Contoh beberapa keping gambar yang dipetik sekitar tahun 2012 dan 2013 dan 2003 dan 2004.


Dipetik sekitar tahun 2012 dan 2013

Dipetik sekitar tahun 2012 dan 2013, Kawasan Berdekatan Kawasan Pasir
Dipetik sekitar tahun 2012 dan 2013, Kawasan Berdekatan Kawasan Pasir
Dipetik sekitar tahun 2003 dan 2004

Dipetik sekitar tahun 2003 dan 2004

Surat Permohonan Kelulusan

Tuesday, March 4, 2014

PROJEK MEMBANGUN, MEMBINA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN MENIMBANG, MEMBELI DAN MENJUAL BUAH SAWIT DI TAPAK KAMPUNG BATU PUTEH, NT 90090006, KINABATANGAN, SABAH (FFB COLLECTION CENTRE)

TEMPAT PENANAMAN SAWIT
Salam Pemaju/Pelabur, Projek Pusat Timbang Buah Sawit, 


Kami memerlukan pemaju/pelabur untuk membangunkan, menimbang, membeli dan menjual buah sawit. Sumber pembekal buah sawit dianggarkan sebanyak 2500 ekar dari peladang-peladang berdekatan, pembeli pula dari kilang-kilang tempatan. Target setiap hari minimum 100 tan sehari, harga belian dari peladang lebih kurang RM400/RM450 pertan, manakala harga jualan kepada pengilang mengikut harga standard kilang atau RM590/RM620 per tan. 

Pelabur mestilah memiliki kewangan sekurang-kurangnya RM1.5 Juta, cara perjanjian adalah usahasama, pembahagian syer dicadangkan lebih kurang 60/40 %. Tempoh usahasama minimum 15 tahun. Potensi Pendapatan dianggarkan dari RM10 ribu - RM30 ribu sehari. 

Apakah kelebihan projek ini? Penjual dan pembeli buah sawit sudah sedia, sistem pembahagian syer diantara pelabur dan tuan tanah dan projek proposal adalah adil, sistematik dan lebih selamat.

PENGENALAN

Sabah merupakan sebuah negeri yang kaya dengan keindahan dan panorama alam semulajadi yang menjadi tarikan pelancong sama ada dari dalam negara mahupun pelancong asing. Faktor geografi yang bergunung ganang dan dikelilingi pulau-pulau yang indah menjadikan Sabah kini semakin dikenali seantero dunia. Dengan keluasan keseluruhannya seluas 73,620 km persegi, terdapat banyak daerah di sekitar Sabah dan salah satu daerah penting ialah Daerah Kinabatangan, Lahad Datu yang merupakan diantara daerah yang terletak di bahagian pantai timur Sabah. Selain dari keindahan kawasan ini dari segi geografinya, paling menarik untuk diperkatakan adalah apabila membincangkan soal perniagaan di Kinabatangan kerana ramai yang tidak menyedari potensi besar daerah Kinabatangan untuk dibangunkan secara komersil.

Kuasa ekonomi utamanya adalah daripada penanaman pokok sawit yang dewasa ini menjadi sumber penting pendapatan ekonomi penduduk tempatan di sekitar Kinabatangan mahupun kerajaan Sabah. Secara keseluruhannya lebih kurang 90% tanah di kawasan daerah ini dipenuhi oleh pokok-pokok sawit dan diusahakan oleh penduduk tempatan. Penanaman pokok sawit di Sabah kini telah menjadi penyumbang kepada ekonomi negara khasnya kepada penduduk tempatan yang mempunyai tanah berpotensi untuk diusahakan dan dikomersilkan secara besar-besaran.
TAPAK CADANGAN HENDAK DI BANGUNKAN DI BATU PUTEH, KINABATANGAN SABAH
Menyedari akan potensi ini, syarikat kami telah mendapat inspirasi untuk tampil dengan kertas cadangan ini bagi memperoleh keuntungan optimum hasil dari perniagaan berkaitan kelapa sawit ini.

Untuk menjayakan projek ini, kami memerlukan Pelabur atau rakan kongsi bagi memajukan tapak Kampung Batu di Kinabatangan sebagai pusat menjalankan perniagaan menimbang sawit, membeli sawit dan menjual sawit.

Potensi pendapatan sangat lumayan sekiranya kawasan ini berjaya ditubuhkan. Terdapat penanaman sawit berhampiran dianggarkan 2500 Ekar sehingga 5000 ekar yang sedia untuk menjual atau berurusan kepada bakal Syarikat Timbang Buah Sawit ini.

TAPAK CADANGAN DI BATU PUTEH KINABATANGAN

TAPAK CADANGAN DI BATU PUTEH KINABATANGAN

TAPAK CADANGAN DI BATU PUTEH KINABATANGAN

SATU TEMPAT LAGI DI KAWASAN LAHAD DATU JUGA BERPOTENSI
UNTUK DIBANGUNKAN SEBAGAI PUSAT TIMBANG SAWIT
Sekiranya ada pelabur yang berminat, sila rujuk butiran tapak projek terlebih dahulu atau hubungi kami sekiranya memerlukan sebarang penjelasan.

Lokasi:
DI TAPAK KAMPUNG BATU PUTEH, NT90090006, KINABATANGAN,SABAH.

Projek:
Menubuhkan Sebuah Pusat Timbang Buah Sawit

Anggaran Kos Pembinaan:
RM658,900

Anggaran Kos Wang Pusingan:
RM675,000 untuk pembelian buah sawit

Anggaran luas ladang yang sedia menjual buah sawit:
2500 ekar x 2 kali sebulan

Anggaran pembelian buah sawit:
RM450 Pertan

Anggaran jualan buah sawit kepada pengilang:
Ikut harga pasaran iaitu dari RM595 sehingga RM620 perton atau lebih tinggi
Tempoh perjanjian dengan tuan tanah:
15 tahun minimum sehingga 20 tahun maksimum

Cadangan pembahagian syer keuntungan diantara Pelabur, tuan tanah dan projek proposal adalah:
Pelabur: 60%,
Tuan Tanah: 25%,
Projek Proposal: 10%
Pembawa Investor: 5%
Syarat pelabur yang diperlukan:
1) Individu atau kumpulan syarikat yang mempunyai kewangan yang kuat

Syarat dan peraturan untuk usahasama:
1) Menubuhkan syarikat baru (SDN BHD) melalui SSM dan Buat Perjanjian Usahasama dengan Pihak Arus Deras Mega Sejati

2) Pemilik syarikat adalah diantara Pelabur, dan Arus Deras Mega Sejati

3) Buka akaun semasa (Current account) diantara 2 orang wakil pelabur dan 2 orang wakil dari Arus Deras Mega Sejati

4) Memohon lesen Tapak daripada Majlis Daerah Kinabatangan menggunakan SSM baru.

5) Memohon lesen Timbang sawit dari pejabat MPOB menggunakan SSM

6) Melantik Konsultan, kontraktor untuk pembinaan timbang buah sawit

7) Pekerja untuk timbang sawit hendaklah dilantik oleh pelabur dan tuan tanah iaitu, pelabur melantik 2 orang kerani timbang manakala tuan tanah juga akan melantik pekerja timbang 2 orang kerani. Pekerja-pekerja bahagian lain bagi timbang sawit pelantikannya ditanggung oleh pelabur dan tuan tanah.

8) Syarat lain akan dinyatakan melalui surat perjanjian. Jika berminat, pihak kami meminta surat tunjuk minat dan salinan surat penyata kewangan bank, surat hendaklah ditujukan
kepada: Puncak Mega Sejati, Attn: Encik Hassanal Hashim Ibrahim


CONTOH TAPAK TIMBANG SAWIT BAHAGIAN  PEJABAT

CONTOH TAPAK TIMBANG SAWIT BAHAGIAN TIMBANG

CONTOH TIMBANG SAWIT
PEJABAT URUSAN
TEMPAT PENGUMPULAN BUAH
JENTERA
Sesiapa yang berminat mahu membuka perniagaan Timbang Sawit ini, Call/SMS/Email kami di talian/Alamat Email seperti berikut:

+60145538989 (Sheem)
+60135192233 (Fauziah)
+60167519779 (Anisah)
Email: 1mytv4u@gmail.com
Website: http://1pms4u.blogspot.com/ 

Sekian terima kasih.
Yang benar,
Sheem Ibrahim

SHARE SEKARANG